Tuesday, 14 June 2011

Buah hutan!!Buah kampung!!

     Korang nak tau buah yang aku selalu makan dulu-dulu,mehh sini nak cite.Kat rumah aku dulu ada pokok buah ranji jadi bila mai musim dia memang besst.Hmm....rasanya gebu je macam baldu,pokok dia ada tepi bendang jadi buah dia slalu jatuh dalan ayaq tapi tak basah dia melampung.Yang bestnya buah ni tak payah tunggu masak yang putik pun dah leh makan cuma masam cikit la.              
     Tapi buah yang paling aku suka buah kote hehe,,dengar nama macam lucah ja kan.Biasa la orang dulu-dulu bagi nama,bentuk dia panjang ja kat hujung dia tu ada benda pekat yang aku panggil "candu", rasa dia pahit kelat cikit la.Tapi bila kita makan isi dia tu cicah ngan "candu" tu fuhh...tak dapat nak dibayangkan.Pokok dia kat dalam semak cikit,ada kolam pulak pulak kat situ tiap-tiap ari aku pi tengok buah luruh ke dak takut kalau orang lain ambik dulu..tak pernah miss punya.          
     Kat tempat aku pi mengaji pulak ada sebuah pokok yang orang guna tuk mandi mayat,buah banyak pokok tu.Buah tu aku panggil buah mera kecik,bila sampai tempat ngaji semua duk bawah pokok tu la kait buah dulu pastu makan ramai-ramai sedapp..buah dia manis ja besar biji guli je pun.Bila masak buah ni warna kuning ckit tapi lum masak pun boleh makan.Janji buah sedap tak kisah la orng wat apa pun daun dia hehe.
     Kat sebelah rumah aku pulak ada pokok rumbia,tapi susah nak ambik buah ni pokok dia bukan main tinggi.Nak panjat pun takleh,batang pokok dia licin jadi aku guna lastik je la,galah tak ada jatuh la sebijik dua.Buah dia bila kita gigit perghh...mesti terpejam mata punya nak tau pasai apa,kelat gila tapi lama-lama dia rasa manis-manis kelat.Nak wat camana dulu susah nak makan apa pun cari yang senang dapat je la tak macam la macam-macam buah leh makan.

No comments:

Post a Comment