Thursday, 16 June 2011

Masa terbuang

qidik
       Aolaa...arini aku nak cita kat korang aktiviti yang aku selalu buat masa lapang.Kira wat benda yang ada faedah sikit la haha..dulu kalau waktu petang aku rajin jugak mengai(pancing la)ikan kat bendang .Macam-macam umpan aku guna,kekadang aku cari qidik ngan lepet,aku ja panggil qidik tapi ada gak orang panggil cengkerik.                                          
      Aku guna cara baik punya nak tangkap dia,mula-mula aku cari dulu lubang dia kat tanah belakang rumah aku.Belakang rumah aku selalu port dia la,pastu aku isi ayaq dalam botoi kosong selalu aku guna botoi kicap ja.Pastu tekup botoi tu dalam tanah bagi ayaq masuk dalam lubang,bila ayaq habis ja tambah lain kena wat sampai qidik masuk dalam botoi.Bila dah dapat sekor fuhh rasa bangga gila waktu tu hehe biasa la budak lagi,nak cari lepet senang ja cuma angkat ja tongkoi kayu ada la dia kat situ,bentuk dia leper ja.Aku pun tak tau nama dia yang lain apa sebab aku panggil lepet ja.
siput sedut sawah
         Nak lagi best cari anak-anak dalam bendang wat umpan,selalunya aku tolong makjang aku la tangkap.Kami guna kelambu ja pegeng sorang sebelah nak sauk,mula-mula tengok dulu kat mana ada anak-anak dalam bendang.Mudah ja nak cari dia tengok kalau nampak selungguk anak-anak ikan yang kecik-kecik tu,terus la pi sauk.Selalunya akan dapat ikan besar sekor kat dalan anak-anak tu,makjang aku kata tu ibu dia.Anak-anak ikan tu nanti kena perap dulu ngan asam garam baru boleh wat umpan.Bila mengai aku selalu dapat ikan sepat ngan puyu ja jarang nak dapat haruan.         
        Bila jemu mengai aku cari siput sedut kat bendang,ada gak siput kat sungai tapi aku lebih suka yang kat bendang,wat nasak lemak cili api perghh tak ajak orang lain makan dah.Muncung mulut-mulut asyik sedut siput tu hehe tapi best.,siput sedut kat sungai bentuk panjang sikit kalau nak banding ngan bendang tapi dua-dua leh makan.
kelemboi
siput sedut sungai
Kadang-kadang bila ada masa bapak aku bawak aku pi cari kelemboi kat sungai,selalunya dia dukung aku atas bahu dia pasai ayaq dalam deras pulak tu takut aku hanyut.Bila nak kutip kelemboi dia letak aku kat tepi sungai dulu,besar-besar kelemboi kami dapat.Kalau dapat banyak kami simpan dalam tempayan tapi aku panggil guri,bila nak makan kami ambik ja dalam tu.Bila nak masak ,kelemboi tu kena buang dulu tutup dia pastu goncang sampai dia pening nanti isi dia jatuh la.Kulit dia yang besar tu aku ambik nak gali lubang congkak.Dulu aku main congkak atas tanah guna biji getah buat buah dia,habih hitam kuku-kuku tanah masuk haha tapi tu la yang best pun.La ni orang dah guna biji guli dah,congkak pun orang buat dari kayu tak pun plastik.

No comments:

Post a Comment