Meh aku tunjuk gambar buah-buah yang aku suka makan zaman berhingus dulu,la ni ada yang susah dah nak jumpa,,mai kita renung-renungkan...
buah keriang
ni la buah qeyang,dia ada dua jenis ni yang besar punya satu lagi jenis lagi kecik tapi yang kecik takdak isi tak sedap.
buah keranji
sorong papan tarik papan buah keranji dalam perahu hehe...ni la buah keranji,gebu buah ni kulit dia nipis ja leh melampung dalam air tapi isi tetap elok.
buah kote
haa..ni la buah lucah tu,aku rasa bentuk dia tak la lucah pun entah sapa entah yang mula-mula bagi nama tu.
buah bidara
daun pokok ni la aku kata leh guna buat mandi orang mati tapi dulu,la ni aku tak tau orang guna lagi ke tak..ni jenis kecik satu jenis lagi besar buah epal tapi made in thailand la pasai jenis besar jarang pokok ada kat sini.
gajus nama moden dia,semua leh makan buah ni..biji dia tu kena bakar dulu sampai kulit hitam la pastu ketuk la kulit tu ada biji kat dalam tu lagi...sedapp rasa lemak-lemak,kena hati-hati masa bakar dia pasai biji dia ada getah jadi dia meletup..dulu aku duk bakar guna daun nyoq ja ala daun kelapa.
buah kelubi
buah ni buat jeruk sedap pasai dia kelat kalau mentah,pokok dia lebih kurang pokok salak ada duri,nak lagi best penyengat suka wat sarang kat pokok ni..kira mancabar jugak la nak ambik buah dia.
aku panggil buah sawa ja tapi ada yang panggil buah ciku..buah ni slalunya bila dah tua orang kutip peram dulu bagi dia masak.kulit dia orang akan gosok dulu bagi bersih sebab ada macam habuk-habuk buah tu.
buah nona buah sekaya
ni sepupu buah sekaya,rasa dia manis ja isi pun lembut..tapi bagi aku buah sekaya aedap lebih cikit..buah sekaya banyak biji tak macam buah nona,buah sekaya ada jugak kaler merah.
buah jentik-jentik
unik sikit buah ni,nak tau pasai apa..haa..buah ni kalau nak makan kena jentik ja kulit dia tak payah sesusah nak kupas.rasa dia masam manis,pokok ni dulu tumbuh kat rumah aku jarang orang nak tanam.
buah berangan
cari buah ni memang ngeri,korang tau mana pokok ni huh atas kubur bebb..cerahh kawasan kubur tu orang asyik cakar cari buah ni..kulit dia ada duri bila buah dah kira tua kulit dia pecah jadi buah dia jatuh merata..buah ni orang tak makan mentah,goreng ngan biji kopi bagi wangi,,tak pakai minyak tau.
buah petis
wat cendoi sedapp,makan mentah pun bleh cicah gula sebab dia tawar tapi rasa gebu isi dia..sekali tengok macam buah timun pun ada jadi jangan salah pulak.
buah namnam
orang ngandung memang suka sangat buah ni,dia rasa masam manis..buah dia ada kat batang ja ,slalunya pokok dia tak besar sangat cuma rimbun ja lebih.
buah rotan
kecik ja buah ni,pokok dia ada duri..batang dia kalau jemur leh la wat rotan,,buah ni rasa kelat kalau makan macam tu saja.aku tumbuk dalam lesung batu dulu bagi lumat pastu campur dalam garam belacan,,perghh nikmat dunia...sapa yang tak pernah rasa rugi ooOo..
Wow. Best nye zaman kecil awak. Byk buah2 tu sy tk penah makan. Tak penah jumpa pun. Huhu
ReplyDelete